|
Almarhum Talib Samat |
Menerima surat tentang beberapa kepulangan sejak minggu lalu, pagi ini saya dikirim kawat yang serupa. Guru, sahabat akademik, mentor saya yang baik, Prof Madya Dr Talib Samat pulang ke jalan penciptaan. Dari Allah datangnya kita, kepada-Nya juga jalan kembali. Allah. Antara tulisnya dalam mesej di telefon yang saya ingat, ini ramadhan terakhir saya (2015), tidak pasti akan jumpa tahun depan. Ya, tidak ada yang pasti hatta apa yang sedang digenggam. Allah ya Allah. Projek penulisan terakhir kami adalah buku Panglima Awang. Ia banyak diselesaikan dari katil hospital (komplikasi ginjal). Semangat menulisnya akan saya kenang sampai bila-bila. Al fatehah.
|
Buku Panglima Awang |
Comments
Malang sekali naskah saya yang dihadiahkan arwah, dipinjam seseorang dan hingga sekarang belum dipulangkan. Mungkin Sdr boleh menghubungi UPSI bagi mendapatkan nombor waris yang boleh dihubungi bagi bertanyakan naskah yang sekiranya masih ada. Dipermudahkan usaha Sdr. Terima kasih perhatiannya.