Sejak AM bersekolah, setiap awal tahun ada sahaja sesuatu yang mencemaskan terjadi. Bermula dengan tangan patah jatuh basikal. Apendiks. Tangan patah lagi di padang bola. Dan tahun ini kami berdebar-debar menunggu. Semalam, saya menyambut bunyi loceng rumah. AM masuk dengan lemah. Allah. Dalam pakaian sekolah agama, anak saya menyeringai dengan bibir bengkak dan saya sedar lurus gigi cantiknya tidak seperti biasa. Sebaknya saya, AM tersungkur sewaktu mahu berwudhu. Lantai licin, mummy. Allah anakku....saya tidak tahu mengapa saya memilih foto si kemboja putih antara merah yang banyak. Kenangan di Bali mungkin. Atau saya melihat AM, yang satu dalam beribu.
Comments
Love from Auntie Yatie, J'ville.
Allah ya Allah....sebaknya saya.
Terima kasih.