Saya sebenarnya simpati terhadap mereka yang berada di Tanah Suci samada untuk umrah atau haji, terpaksa melaporkan setiap apa yang mereka lalui di sana kepada kita yang berada di tanahair. Pemberitahuan selamat tiba, saya kira memadai tanpa perlu mengirim pelbagai pos gambar dan atur cara rinci. Kasihan, masa yang seharusnya dimanfaatkan sebaiknya untuk beribadah, harus diperuntukkan mengemaskini status. Kasihan, bukankah mereka harus lebih fokus. Kasihan, sedang mereka membayar ribuan ringgit untuk khusyuk di sana. Mudah mudahan mereka tidak diganggu pesona teknologi. Ia amat menyihir!

Comments

Masshah said…
Salam Kak Mawar...

Saya amat setuju dengan pandangannya.Sewajarnya mereka lebih fokus kepada amal ibadah yang penting. Fikir kembali, apa niat mula ke sana. Bukankah dengan tambang yang mahal dan persiapan yang lama. Apakah mahu disia-siakan dengan perkara yang disebut di atas. Justeru, bagi sesiapa sahaja yang sudah berniat baik ke sana, sama-sama tinggalkan perkara remeh-temeh sehingga menggangui ibadah umrah atau haji kita.
Mawar said…
Masshah,
Jazakallahu khayr.
Anonymous said…
Setuju Prof.

Hendaknya yang terlalu sering ber-selfie ria selama berhaji. Saya kira teknologi bimbit ini boleh merosak dan kurang mekhusyukkan haji kita.

Surya
https://niadilova.wordpress.com/2015/12/21/refleksi-penyengat-perempuan-literasi/
Mawar said…
Anonymous
Ya, sangat aneh.