AM pernah menegur saya yang membaca tafsir al Qur'an dalam keadaan berbaring, walaupun masih dalam telekung. Malunya mummy yang tidak tahu menjaga adab. Sedangkan waktu itu jadual saya memerhati dan merapikan solat fajarnya. Langsung saya menukar topik, sambil masih berbaring, saya bercerita beginilah keadaan mummy apabila menjadi jenazah nanti (tangan di atas tangan). AM merenung saya lama. Subuh itu amat bersejarah apabila anak saya langsung berjanji, AM mahu jadi imam solatnya, mummy. Rasanya saya mahu meraung!
Comments
Aduhai sejuknya hati seorang ibu bila mendengar anaknya bercakap begitu. Syukur mudah-mudahan AM menjadi anak yang soleh buat ibu. Anak yang baik, anak soleh impian setiap ayah ibu.
insyaAllah AM tidak lupa janjinya nanti...amin!