Kerusi Zahar |
Zahar menyudahkan bacaan al Qur'annya lagi. Khatam lagi. Saya sering iri dengan jadual bacaannya usai solat fajr atau usai solat lainnya. Selalu tempat bacaannya di kerusi merah menghimpit jendela. Saya perhatikan Zahar seperti bertafakkur sebelum atau sebaik selesai membaca beberapa halaman. Zahar akan berdiam lama dengan memejamkan mata. Saya pasti selepas itu Zahar mahu sekali bertadabbur, berfikir dalam apa yang dibacanya. Kemudian Zahar akan bertazakkur, mengambil tamsilan dari ayat-ayat itu. Zahar nantinya akan bertaa’kul, menjadikan al Qur'an sebagai sumber ilham fikiran. Dalam perihal kerjanya juga Zahar nanti akan bertaa’alum, menggali sumber ilmu dari al Qur'an sebagai panduan. Saya sebenarnya mengingat apa yang pernah dikuliahkan. Sempena mengenang kelahiran Rasulullah hari ini, detik yang istimewa Zahar memulakan bacaan al Baqarahnya kembali.
Comments
terima kasih