Foto dari Tanah Selandia 
Bagaimanakah darjah malu kita? Malu itu  terhadap apa dan siapa? Saya pernah diserbu malu berhadapan dengan lelaki ketika menjadi pelajar sekolah perempuan suatu ketika dahulu. Saya pernah malu apabila tersilap orang setelah berbual lama dengannya. Saya juga pernah malu apabila terlupa bacaan surah ketika menjadi imam solat kepada omak mertuo den (al fatehah buat almarhum). Terlalu panjang senarai malu saya dalam hidup. Belum lagi malu kepada Allah yang pasti sangatlah peribadi untuk saya berbahagi di sini. Maka selalu saya perpanjangkan doa agar ditutup aib saya itu. Sebesar nikmat apabila Allah menutup keaiban kita dan mengampuninya. Saya juga sedar satu lagi malu yang ada ialah terhadap diri sendiri. Kadangkala seperti ada diri lain dalam diri sendiri yang memerhati. Betapa malunya kita terhadap diri sendiri apabila melakukan sesuatu yang dungu ketika orang lain tidak tahu. Ya Allah. 




Comments

wanariahamiza said…
Assalamualaikum.
Terima kasih atas ulasan cerpen saya,
Sejambak Harapan buat Sahabat dalam Dewan Siswa Disember 2015.
Sungguh saya hargai, modal buat saya belajar dan terus belajar lagi. :)
Mawar said…
Wa'alaikumussalam
Sdr Wan
Terus menulis dengan lebih baik!
Syabas.
Unknown said…
Assalamualaikum Dr Mawar,lama sudah tidak bertanya kan khabar Dr.Harap Dr sentiasa sihat dan di Lindungi Allah selalu :)
Mawar said…
Wa'alaikumussalam Sdr Farah Fatiha
Terima kasih doa dan ingatannya.
Doa dan ingatan yang sama buat Sdr.