Saya kian gerun dengan kerasukan telefon pintar. Ya, apa yang Sdr mahu pegang pertamanya ketika bangkit daripada tidur? Apa yang mahu Sdr lihat hampir setiap saat? Berapa lama ia berada dalam tangan Sdr? Berapa lama pula ia boleh Sdr biarkan di atas meja atau di dalam tas tangan tanpa ditoleh sekilas pun? Allah ya Allah. Saat sudah bersedia ke sajadah, bukankah Sdr masih lagi mahu melihat apa-apa yang terjadi padanya? Ampuni kami ya Allah. Bukankah itu kerasukan? Bukankah itu penjara? Bukankah itu petaka dan apakah lagi kata yang menyertainya? Saya sedang berlatih  memerdekakan diri daripada rantai berat yang kukuh menjerat itu. Saya akan matikan semua titik hubung bermula 10 malam dan hanya akan kembali memanfaatkannya jam 7 keesokan hari. Atau mungkin lebih panjang lagi.

Comments

Cik Matahariku said…
ya, saya pun merasakan begitu..kita seperti menjadi seorang robot yang saban hari hanya tekan keypad huruf atau nombor..akhirnya harus kita sendiri yang tentukan apa yang kita mahu dan perlu..:)
Mawar said…
Cik Matahariku

Terima kasih datang bertamu.
Ya, lebih-lebih lagi dengan wa dan sebagainya.
Kalau mendesak, itulah gunanya membuat panggilan
yang memang kita buka 24/7!
Anonymous said…
Assalamualaikum wr. wbt.

Saya selalu ingat pesan bapa, ketika bapa memegang telefon genggamnya yang pertama, bahawa teknologi yang diciptakan (telefon genggam) tak lain adalah untuk menjadi hamba kita semata-mata. Jangan sampai kita pula yang diperhambakan olehnya sehingga setiap saat kita harus duduk menghadap, seolah-olah ia pula yang menjadi tuan kepada kita.

Saya semakin ada keyakinan yang kukuh untuk tidak menukar Nokia 3280 (dibeli 9 tahun dulu) kepada pelbagai jenama telefon pintar yang selalu dengan promosi fungsi yang menggoda.

-nb-
Mawar said…
Wa'alaikumussalam NB

Terima kasih masih singgah.
Ya, pesanan bijak yang dapat membaca masa hadapan.
Lebih saya takuti "tuan" menjadi "Tuhan"; saat kita sudah tidak tahu yang harus selalu menjadi nombor Wahid.