Dalam mengenang Arafah dan Mahsyar, pesanan sebagai perempuan dalam keluarga hinggap di jendela malam. Solat di awal waktu. Tekal dalam kerja ilmu, bersama-sama al-Qur'an dan zikrullah. Memastikan juga lelaki di rumah saya turut menyegerakan solat mereka. Masih dalam qana'ah walau mungkin sahaja ada ruang untuk saya bermegah-megah. Allah. Malunya saya apabila ingatan-ingatan ini menjengah saat hati saya menangis, benar-benar mahukan reda Allah. Selamat berpuasa, ketika mereka sedang wukuf, saat begitu dekat dengan Allah dan para malaikat-Nya.
Comments