al Fatehah TGNA
Benar, antara pesanan  si bulan penuh di penjuru jendela, seringlah menziarahi  perkuburan. Akan banyak nanti yang dibawa pulang; bukan hanya sendu, sebak atau nostalgia yang panjang. Berat benar hati saya mahu melangkah meninggalkan, bagai diikat kaki saya untuk terus berlama. 


al Fatehah TK

Jarang sekali saya dapat menziarahi tiga pusara di tempat yang berbeza pada hari yang sama. 
Allah. 
Betapa hampirnya  dengan titik akhir saya sendiri!

al Fatehah RZ (kanan) dan ayahandanya (kiri)
Dan bagaimana pula dia yang sudah pulang itu menemukan saya dengan sahabat yang sangat menghargai dan mengasihi. Allah. Siapa yang pernah menduga, pusara mampu menawarkan banyak cerita. Ya, saya menjinjing pulang narasi tentang negeri abadi.

Comments