Tinggal kenangan ....
Sebuah petaka apabila akan berjiran dengan sebuah taman perumahan agam di daerah ini. Saya yang tidak tahu apa-apa kerja orang pembangunan bandar (walau pernah berguru dengan Dr Katiman Rostam, profesor Geografi Bandar), melihat adalah satu kesilapan sebuah syarikat pemaju apabila mendakwa dan mengiklan di papan gergasi hampir di mana-mana bahawa mereka akan membangunkan sebuah taman perumahan terbesar. Panjangnya ayat saya! Panjangnya kegusaran saya! Malangnya ia bersebelahan dengan kediaman kecil kami. Allah.... saya tidak dapat membayangkan kesesakan di lorong utama  yang menjadi jalan pergi-balik ke kampus setiap hari. Jam berapa harus saya keluar rumah agar tidak perlu beratur panjang menuju jalan utama. Jam berapa pula saya dapat tiba di perkarangan fakulti dan mula berebut kotak letak kereta.  Allah! Di samping taman perumahan terbesar "TH" (bukan Tabung Haji!) itu juga banyak lagi taman perumahan lain di sekelilingnya. Rumah jutaan ringgit dengan apartment yang ditinggal lama dan kini mula diduduki. O! Dahulunya inilah kawasan kediaman idaman walaupun ada kutukan, ini daerah hulu hutan rimba. Kawasan yang asalnya terasing daripada jalan utama yang sesak. Bayangkan perasaan saya sebaik memasuki kawasan perbukitan hijau yang sepi ini setelah bertelagah dengan lampu isyarat, hon kereta dan tuan punya kereta yang angkuh sebelumnya. Sekarang? Allah....

Comments