|
Membara |
Cuti hujung minggu yang panjang! Tentu sdr bercuti ke pulau, ke gunung atau pulang ke kampung halaman dan menikmati pemandangan lebuhraya yang sesak! Saya hanya mahu berdiam dalam gua. Banyak kerja yang dituntut sebaik cuti berakhir nanti. Namun mungkin molek juga masa untuk acara memanggang ayam atau kambing yang sudah diperap rempah lebih awal, di penjuru dapur. Saya ada pembantu di rumah. Dua lelaki yang setia memasang bara dan memastikan ayam dan kambing tidak hangus, Z dan AM. Sementara saya menyediakan semangkuk salad. Selamat beristirehat sambil membersihkan hati!
|
Hirisan kasar |
Entri yang sedikit panjang sempena cuti bersambungan. Tatkala melihat bara api sebelum meletak jaring pengalas, sebuah madah penyair soleh yang baru dibaca menyertai kami,
aku diuji dengan empat perkara yang dihala kepadaku, dengan panah daripada busurnya yang begitu tegang tarikannya. Iblis, dunia, nafsuku dan sekalian makhluk. Wahai Tuhanku, Engkaulah tempat penyerahan segalanya. Saya teringat cerpen
Saat Tali Busur Merentang. Ia kisah percutian Ramadhan. Allah, Ramadhan yang dinanti kian hampir. Doa meraikan Ramadhan kian membara. Allah, temukan kami dengan Ramadhan kali ini!
Comments
warna warni kehidupan!
Jaga diri dan kesihatan.