Masya Allah tabarakallah... sejak beberapa minggu ini saya dengar seruan azan setiap waktu zohor dan asar di fakulti kami. Ya Allah. Besarnya hati saya untuk pertama kali azan dilaung tanda masuk waktu. Azan dari Masjid Universiti kadangkala agak sayup walaupun bangunan kami antara yang terhampir. Saya teringatkan Bilal bin Rabah. Saya teringat si Bilal di rumah. Saya rindukan azan dan iqamahnya.
Saya kian diasuh untuk menyahut panggilan Allah yang Maha Besar, dan bersegera menafikan selain itu. Lepaskan apa sahaja yang sedang di tangan. Tinggalkan apa sahaja yang bernama dunia ketika itu untuk meraikan kebesaran-Nya. Nasihat seorang sahabat lama dahulu, malah bersedia menjawab azan dengan wudhu di sajadah. Ya, bersiap lebih awal sebagai tanda kita benar-benar senantiasa diingatkan dan kita ingat. Allah! Pernah saya beritahu si Bilal cilik di rumah, dahulukan Allah dan Allah akan dahulukan kita. Insya-Allah.
Comments