Ini tetangga kami. Sepanjang hari ini berada di kampus Serdang untuk acara puisi dan penyelidikan. Saya masih suka dengan nama asalnya, sangat akrab dengan kehijauan yang mengamankan. Lebih penting daripada itu, kemudahan letak kereta yang jauh lebih baik daripada kampus Bangi kami. Aduhai (tidak pandai pandai bersyukur!) 




Banyak juga kenangan yang tersimpan dengan beberapa sahabat penulis mahupun akademik di sini. Salah seorangnya yang pernah mengungkap begini dalam watak cerita pendeknya, aku mengenalimu dalam sekejap. dalam sekejap itu aku mengenalimu. Memang, beberapa susuk yang kita kenali pada saat-saat akhir. Ya, ia sangat sekejap. Tetapi rupanya dalam sebentar itu, banyak yang kita tahu kisah panjangnya. Sering juga, dalam sebentar dan kisah panjang itu, saya berdoa mudah mudahan persaudaraan kerana Allah itu kekal sampai bila-bila.   


Comments