Zahar membawa pulang kisah dari kuliah subuh Haji Amin alias si Faqir. Cerita Rasulullah tentang seorang ahli syurga yang sederhana amalannya tetapi memiliki satu sifat yang dikagumi. Dia selalu berusaha untuk membersihkan hatinya. Memaafkan orang yang menyakitinya. Maka dia tidak pernah berhasad. Dia membuang segala benci dan iri  terhadap orang lain.  Dia tidak pernah berkata buruk tentang mereka. Allahu Rabbi. Bagaimana dia boleh menyimpan hati yang semulia itu. Zahar membalas soalan saya dengan kenyataan yang semua orang tahu, tidak mudah jalan untuk ke syurga. Malunya saya di hadapan suami sendiri. 



Saya baru membaca kembali tafsiran al Falaq Ibnu Kathir, saat Rasulullah disihir Labid al A'syam, si Yahudi munafik dari Bani Zuraiq. Walaupun banyak yang memberi tafsiran lain bahawa Rasulullah dilindungi daripada sebarang perbuatan sihir. Saya hanya memetik ungkapan mengharukan Rasulullah di sumur Dzi Auran tempat si Labid menyimpan ramuan mantranya, Allah sudah memberi kesembuhan dan aku tidak suka berbuat jahat kepada orang. Mudah mudahan ia pelajaran yang menyembuhkan hati.

Comments