Saya tidak berapa sihat sejak pulang daripada kerja rasmi hujung minggu lalu. Saya selalu percaya sakit menyampaikan banyak isyarat. Melihatnya dari sisi baik, saya jadi lebih banyak berdoa dan terasa pautan yang lebih kuat kepada Allah. Ya Allah mudahkan urusan kesihatan kami untuk tujuan ibadah kepada-Mu. Melihat dari sisi lain pula ia memberitahu, saya tidak muda lagi untuk bekerja lebih masa seperti dahulu. Saya masih mengamalkan pesan sahabat tabib, surah al-Falaq untuk kerja penyembuhan. Allah ya Allah.
Dalam kuliah semalam juga kami banyak bercakap soal doa. Ia sebagai sebuah penyerahan. Ia sebagai ruang ketaatan yang bulat. Banyak puisi Melayu yang menampilkan suara penyerahan ini. Seorang mahasiswa saya mahu mengkaji kepenyairan seorang doktor perubatan. Bagaimana sebagai tabib, doa sering menjadi kekuatan saat berhadapan dengan pesakit. Menerusi doa, dia mengakui bahawa tiada daya dan kuasa melainkan dengan pertolongan Allah. Doa membekalkan dia kecukupan dan perlindungan (daripada keangkuhan akan kuasa yang dia punya?). Maka dengan penuh kerendahan hati, saya mohon mahasiswa di bilik kuliah menyertai saya berdoa sungguh-sungguh dengan penyerahan yang seluruh. Allah, betapa lemahnya kami, betapa kami selalu lalai. Mudah-mudahan kami tidak dicela. Mudah-mudahan kami ikhlas dalam penyerahan ini.
Foto lama: Dalam penyerahan |

Comments