Hujung minggu yang panjang antara penerimaan dengan penafian. Sepotong keputusan yang sangat menuntut kesaksamaan antara mencintai masa lalu dengan apa yang dikehendaki sekarang. Kasihannya saya mengenang masa yang tinggal sedikit, sedang banyak isi dunia yang mahu dirangkul.



Senja kelmarin, baris ali Imran: 160 menyelinap dalam pertelingkahan sebuah keputusan. Jika Allah membantu, tak kan ada yang dapat mengalahkan. Saya menangis melihat keangkuhan diri masih membusungkan dadanya. Allah, ya Allah, ampuni kami.  

Comments

Assalamualaikum Dr, semoga sentiasa dalam rahmat dan kecintaan Illahi. Pedalam rindu ini tidak pernah luput buat Dr :-)
Mawar said…
Wa'alaikumussalam Far,
terima kasih kerana masih ingatkan gurumu ini ... terima kasih doanya.
Doa yang sama buat sdr.