Apakah jadual membaca al Qur'an saudara? Sering juga saya tanyakan soalan yang sama kepada mahasiswa sebelum memulakan kuliah. Kebanyakannya menjawab, antara maghrib dengan isya'. Ada yang menjawab tidak tentu; bila-bila masa. Saya suka melihat ketekalan Zahar membaca al Qur'an seusai kembali daripada solat subuh di surau atau, ya, antara maghrib dengan isya' juga. Sementara AM mengikuti kelas al-Qur'annya setiap Selasa, Khamis dan Jumaat. Saya pernah memberitahu mahasiswa, indahnya melihat seseorang membaca al Qur'an di perhentian bas, ketika menunggu giliran di pejabat pos atau semasa menghabiskan secangkir kopi. Sekarang pasti sahaja pembacaan itu dipermudahkan menerusi telefon pintar atau tab. Saya teringatkan Stefanie, sahabat PhD yang merupakan anak paderi. Setiap hari sebelum menulis tesis, dia akan menikmati kopi pagi sambil menyelak kitab sucinya. Begitulah bertahun-tahun, bacaan Injil Stefanie di samping kopi pekat dari kafe kampus, dan ia sangat membekas....

Comments