Saya percaya kebanyakan sahabat
yang pernah bergelar hujjaj turut membaca pengalaman Prof Muhd Kamil dan Puan
Roza dalam buku Travelog Haji. Saya
hampir sahaja ke Rumah Kecil di Bukit Ohud mereka sewaktu di Medinah pada
musim haji 2011. Malam kelmarin, siapa
yang pernah menduga kerja Allah, saya dapat bertemu mereka
di surau berdekatan kediaman kami. Pesanan pertama
Prof Kamil yang saya lihat kunci akhlak yang baik ialah usah cepat
menghukum orang. Banyakkan menimbang-nimbang sebelum memutuskan. Betapa saya selama ini selalu dan terlalu cepat menghakim. Benarlah apabila Allah menegur bahawa manusia dijadikan bertabiat tergesa-gesa (al Anbiyaa': 37), kebetulan sahaja di meja kerja saya sekarang, halaman surah itu yang sangat menyentak. Allah ya Allah. Bantu saya terus memperbaiki akhlak yang masih banyak buruknya. Saya akan menyambung pedoman lain dari pertemuan usai hujan pada senja penuh Rahmah itu... insya-Allah.
Comments