Kelmarin, dalam kuliah etika penulisan, saya bercakap soal perlunya kita pada rahmat Allah hatta dalam kerja penulisan. Mengapa... kerana kita lemah. Manusia sangat memerlukan bantuan Allah. Dalam keributan tugas, kita mohon agar Allah memberi kelapangan, kemudahan dan ilham juga kesihatan yang baik untuk kita menyudahkan apa sahaja tanggungjawab yang dilihat beban yang berat. Sekembali daripada bercakap dengan pelajar soal rahmat Allah, AM yang berandung tangannya masih dalam cuti sakit, sangat-sangat menguji kami. Saya berkali-kali berkata pada diri betapa saya ini orangnya tidak sabar. Mudah jadi gunung berapi yang cepat meledak. Ya Allah, berkali-kali pula saya berdoa seperti saranan-Nya, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, Allah menyertai orang-orang yang sabar. Atas usul pembaca blog ini (terima kasih), saya sedang menekuni buku Qardhawi. Saya mahu jadi orang yang sabar. Saya sedang mencari guru yang boleh menuntun saya menjadi seorang yang sabar. 

Comments