Amalan saya dan Alif Matiin membaca al Mulk sebelum tidur (atau kadangkala giliran itu diganti Zahar). AM tahu antara manfaat bacaan surah tersebut adalah untuk kehidupan kami seterusnya di dalam kubur nanti. Namun saya merasakan saat kami membaca betapa Allah menyatakan amatlah sedikit antara hamba-Nya yang bersyukur, ada didikan khusus. Saya bisikkan kepada AM, teruslah bersyukur. Belajar berterima kasih. Terlalu banyak Allah berikan kepada kita. Terlalu banyak yang kita terima. Belajar untuk memberi dan mahu selalu berbahagi. Jangan angkuh dengan apa yang kita punya yang sebenarnya milik Allah. O Alif Matiin, betapa mummy belajar perihal yang sama dalam kelas al Mulk kita. Berterima kasih pada setiap hela nafas!
Comments
Daripada Aishah Radhillahu anha berkata : ''Bahawasanya Rasulullah SAW selalu beribadat di waktu malam sehingga bengkak kedua belah kakinya. Maka saya pun berkata kepadanya : ''Kenapa kau beribadat sampai jadi begini ya Rasulallah?, sedangkan Allah SWT telah mengampuni dosa-dosa mu yang terdahulu dan dosa-dosa mu yang terkemudian (seandainya beliau berdosa, padahal sebenarnya beliau ma'sum dari berbuat dosa). Lalu Nabi SAW menjawab : ''Bukankah lebih elok kalau aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur''. (Hadith Riwayat Bukhari)
Apa kabar? Semoga terus dirahmati. Terima kasih kerana berbahagi hadith. Membuat saya malu untuk berhenti daripada rasa bersyukur.