Dalam hidup kerap  kita bertembung dengan jajaran pintu kesempatan. Adakah kita selalu mahu memastikan untuk memasuki kesemua pintu yang ada dan meraih segala keberuntungan di dalamnya? Atau jajaran pintu kesempatan itu mengasuh kita untuk berdiam seketika, cuba mengerti mengapa Allah membentangkan setiap yang muluk untuk kita rengkuh dengan mudah. Di pintu itu juga mungkin kita  kembali melihat, cukupkah disimpan syukur yang panjang dalam lekuk hati yang kotor. Atau saya pernah mengenang, bagaimana nasib mereka yang berada di belakang. Mungkin ia sebenarnya kepunyaan dia ... Ya, saya mahu berdiam  di tepi pintu, sejenak dan menoleh siapa selepas saya.

Comments