Posts

Showing posts from October, 2014
Image
1 Muharam 1436. Semoga hati kita turut berhijrah.
Image
Profesor Ismail Hussein, menuju jalan pulang pada 20 Oktober 2014. Al Fatehah.
Image
Hari ini, hampir semua tahu tentang hadith Rasulullah untuk membaca surah al Kahfi setiap Jumaah. Kahfi ( cave , gua) mengandungi beberapa penggal cerita. Bermula kisah pemuda dalam gua, kisah Musa-Khidir, Zulkarnain dan Yakjuj-Makjuj. Saya juga sejak beberapa tahun ini mengamalkan apa yang menjadi sunnah itu. Dan saya ada cerita misteri lagi sejak kehilangan al Qur'an dalam telefon kelmarin. Semalam, sebaik bergegas untuk menyahut waktu asar, telefon saya mengeluarkan peringatan: Anda belum baca al Kahfi hari ini! Saya hampir terduduk, program apa yang sudah saya muat turun sehingga ada peringatan begitu? Saya tidak pernah ingat. Tapi Zahar melihatnya sebagai peringatan dari Allah. oh, saya jadi begitu malu.
Image
Cerita ini  misteri, untuk saya. Program iQuran Pro saya hilang daripada kantung telefon tangan! Ya, al Qur'an saya hilang! Dan ia bukan kerja Alif Matiin! Malah Alif Matiin terperanjat, yang bukan pura-pura, saat kami mahu membaca surah al Mulk seperti biasa dan tidak dapat mengesan di mana program itu berada. Jadi malam itu, kami terus menggeledah program al Qur'an baru dan ternyata tiada yang dapat menandingi iQuran pro dengan pilihan utama suara Misyary. Saya sangat takut dengan lenyapnya al Qur'an! Dahulu saya muat turun dengan percuma, rupa-rupanya sekarang berbayar. Tak mahal mummy, Alif Matiin teryata teruja bila melihat harganya, MYR6.99. Ya memang sangat tidak berpadanan dengan kandungannya. Tapi saya ragu-ragu pula untuk teruskan pembelian menerusi kad kredit. Saya belum pernah membeli belah melalui kedai play store berbanding kedai online lain. Selamatkah?
Image
Cerpen terbaru dan pertama kali di Harmoni Oktober 2014 .  Insya Allah akan menulis lagi di  Harmoni.  Terima kasih editornya, Sdr Rahaiza Ismail. Terima kasih Sdr  Tetamu Istimewa  atas makluman penyiaran ini. 
Image
Patrick Modiano, penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2014. Sasterawan Perancis yang meminta kita membaca novelnya,   Pour que tu ne te perdes pas dans le quartier. Klik . 
Image
Jambangan idul adha kami ini menyambut keluarga Temasek yang datang berhari raya bersama kami. Solat, menikmati juadah dan bertukar cerita, merupakan babak babak yang indah. Jambangan ini juga mengingatkan kami pada nenda yang suka bunga segar dipajang di penjuru meja. O nenda, semoga terus aman di sana...  Taqabbalallahu minna waminkum.