Beberapa hari ini erat benar hati saya dengan Temasek. mungkin berbahagianya saya kerana dapat bertemu dengan sanak saudara dan sahabat yang datang bertandang. mungkin sahaja saya akan pulang ke pulau sedikit masa lagi. mungkin sahaja saya begitu dengan rendah hati mahu mengirim buku baru ke sana. atau seperti kata bunda, itu tempat tumpah darah dan laman saya bermain sewaktu kanak-kanak. pasti sahaja ia membekas. tentu saja ia akan selalu bersama dalam hati saya. ini foto jalan masuk ke kampung halaman saya di Temasek. ia saya tampal dari website yang memperaga jualan hartanah. ternyata laman permainan saya kini sudah menjadi laman urusniaga golongan mewah. ya, memang laman yang kaya dengan kenangan dan kenangan....
Comments
I suppose some family members, being of a younger generation, are still there.
I have seen an email for a long time. Hope all is well.
Such a memento!
Temasek will be always in our heart.
Apparently times explode and lots of thing happened. Insya Allah I'll be alright.
Allah with you and Makcik.
Thank you for the visit.
Lama sudah saya tidak menyinggah di sini! Sekali menyinggah, terjumpa tentang cerita Temasek. Saya sukar untuk mengejar Dr kalau saya menyinggah (secara fizikal yang pasti!) di PPBKKM.
Mari bertemu sekiranya Dr ke Temasek ya. :)
saya akan tiba di Temasek minggu ini. nanti saya hubungi di telefon/wassap ya! insya Allah.