Posts

Showing posts from May, 2014
Image
Bagi mereka yang mahu berlari, sila sertai!

Cadbury tidak halal

Image
Cadbury tidak halal! Saya dan beberapa teman yang hantu coklat,  pastinya menangis teresak-esak dengan berita buruk ini. Klik. Pastinya juga kami tertanya-tanya apakah peranan pasukan halal mereka?
Image
Saya sudah kembali dihimpit rutin, apabila selamat mendarat di tanahair. sedikit lelah dengan perjalanan maraton dari kepulauan selatan Selandia Baru dunia lalu membelah laut ke utara. ternyata perjalanan penyelidikan saya belum berakhir. sebelum ramadhan, saya akan ke pulau Jawa. ternyata jadual tiga bulan pertama kerja penelitian saya sangat padat. berselang seli dengan tugas menulis, banyak lagi yang harus dilakukan. semoga Allah berikan saya kesihatan dan fokus sehingga semuanya harus selesai menjelang hujung tahun nanti.   foto ini dari perjalanan di belah utara. kota hanbok dengan dingin musim bunga ...
Image
Alif Matiin. Mummy terbang lagi malam nanti.  kali ini ke belah utara setelah bulan sudah ke sudut selatan.  semoga fokus dalam ujian minggu ini. terima kasih lagi buat Zahar yang sabar.
Image
Maklum kepada semua kenalan, alamat emel rasmi saya di ukm sudah ditukar.  yang baru ialah mawar.safei@ukm.edu.my
Image
Beberapa hari ini erat benar hati saya dengan Temasek. mungkin berbahagianya saya kerana dapat bertemu dengan sanak saudara dan sahabat yang datang bertandang. mungkin sahaja saya akan pulang ke pulau sedikit masa lagi. mungkin sahaja saya begitu dengan rendah hati mahu mengirim buku baru ke sana. atau seperti kata bunda, itu tempat tumpah darah dan laman saya bermain sewaktu kanak-kanak. pasti sahaja ia membekas. tentu saja ia akan selalu bersama dalam hati saya. ini foto jalan masuk ke kampung halaman saya di Temasek. ia saya tampal dari website yang memperaga jualan hartanah. ternyata laman permainan saya kini sudah menjadi laman urusniaga golongan mewah. ya, memang laman yang kaya dengan kenangan dan kenangan....
Image
Buku pilihan Zahar dari PBKL lalu. dan saya sangat faham makna pilihan itu. saya diminta mencuba resepi Chef Wan dan dalam buku ini terdapat 400 judul masakan! setiap halaman yang diselak Zahar, menurutnya semua enak dan menarik. saya menjeling Alif Matiin, yang sekarang merupakan pembantu utama saya di dapur kami. awal-awal lagi kami sudah mencuba ayam percik (halaman 83) sewaktu pulang ke kampung di Batu Kikir.
Image
Sewaktu memajang si cantik ungu ini, saya bercerita tentang Nenda yang sudah pulang tahun lalu. almarhum Nenda saya suka membeli seikat dua bunga segar jenis ini dari pasar lalu dirapikan dalam bekas kristal atau kaca. nampaknya Zahar kembali dengan tabiat membawa balik bunga segar untuk saya hias di meja makan seperti ini atau di penjuru dapur. ia sangat menghiburkan ... terima kasih. dan saya sangat rindukan Nenda!
Image
Zahar mengejutkan saya awal pagi ini dengan memperdengarkan lagu keroncong. dan ia oleh Kartina Dahari , penyanyi lama yang saya gemari dengan kelunakan suaranya sewaktu saya kanak-kanak dan remaja. akhirnya si jelita ini kembali ke jalan datang pada 30 April di Temasek akibat barah. saya tak akan lupa senandung lagu lama, tinggallah mustika hati, bunga melor . oh saya hampir lupa adakah almarhum juga yang menyanyikan lagu bisikan hati atau ia oleh arwah Rafeah Buang?