Saya menerima foto yang mengesankan ini lewat telefon tangan. ia dirakam seorang jurugambar Iraq di sebuah rumah anak yatim. catatan yang mengiringinya antara lain menyatakan bahawa kanak-kanak ini tidak pernah melihat ibunya. lalu dilakar susuk perempuan yang dipercayai ibunya. merindukan dakapan bunda, dia mahu tidur dalam pelukan suci itu...

Comments

Mawar said…
Sdr NB yang selalu sudi bertamu,

terima kasih.
cinta saya yang pertama pada foto yang dikirim ini adalah himpunan rindu anak kecil terhadap ibunya. betapa saya mengasihani dia. pandangan awal sebenarnya saya melihat kedudukan bayi dalam kandungan. juga nyeri. kemudian saya keluar dari petak rasa. saya mula mengandai-andai seperti sdr, segalanya nampak begitu berimbang seperti diatur-atur.

terima kasih berbahagi puisi yang cantik. salam takziah untuk ibu yang pulang.
mamawana said…
Assalamualaikum

Foto yg sayu...pilu
Mawar said…
wa'alaikumussalam
Mama,
ya...