2014! saya masih ingat bagaimana lima belas tahun lalu, dari tahun 1999 kita mahu menyambut tahun 2000. untuk pertama kali tahun bermula dengan angka dua.  kegusaran. keterujaan. ada juga ketakutan dan tidak tahu apa yang akan berlaku apabila memasuki abad baru. sedang tahun bertukar, masa yang diperuntukan Allah tinggal sedikit bakinya. maka apa makna tahun baru; masihi atau hijriah? mahu memulakannya dengan semangat yang lain? ada keazaman yang menjulang? saya mengalu-alukan sesiapa yang mahu berbahagi petua atau panduan untuk menambah amal sempena tahun baru. saya pernah ditegur dalam blog ini, usah umumkan ibadah khusus yang saya lakukan siang atau dinihari. jangan menunjuk-nunjuk. sedang dalam hati saya, alangkah jika ada yang mahu berbahagi betapa tekalnya dapat berpuasa isnin-khamis. besarnya hati saya jika ada yang mahu memberitahu setiap hari ada pesanan dari al Qur'an yang memandu hati. atau dengan rendah hati saya mahu mencintai amalan sunnah yang dilakukan walau ia hanya sekecil amalan bersugi. ini soal introspeksi diri. ini soal memanfaatkan masa yang tinggal. jauh sekali sum'ah atau ujub. dan saya sangat sedar, insya Allah, betapa penjara bulas di penjuru neraka untuk mereka yang ada angkuh dan taa'jub dalam dadanya. astagfirullah.

Comments

Anonymous said…
assalamualaikum .. saya selaku pembaca blog puan, sangat tersentuh hati membaca nukilan ini. tujuan saya di sini adalah untuk meminta jasa baik puan agar membenarkan saya melakukan temubual bersama puan . ini bertujuan untuk menyelesaikan tugasan PBS sekolah yang di beri oleh guru. harap puan dapat membantu. tq :)
Mawar said…
Anonymous
wa'alaikumussalam.
adakah sdr orang yang sama mengutus emel dari Johor Bahru?
saya akan berikan maklum balas di emel.

terima kasih.
RayyanZilfi said…
Selamat Tahun Baru Dr Mawar!

semoga tahun 2014 lebih baik dari 2013.dalam semua sudut.
Mawar said…
Rayyan,
ucapan yang sama!
lebih cintanya pada Rasulullah, lebih khusyuk solat malamnya, lebih puasa sunatnya. lebih semua amalan kebaikan, sahabat!