Saya mengenali susuk pengarang ini lama dulu, lebih sepuluh tahun lalu. dan ternyata beliau tumbuh dengan novel-novel yang banyak disaring dari dunia senibinanya. banyak juga dari sejarah yang digali kembali, langsung dipindahkan ke bilik kreatifnya. beberapa hari ini bertemu kembali dalam ruang persidangan kesusasteraan, beliau menegaskan bahawa pergelutan sejarah dua negara kami, bermula 1819 dan bukan 1965.  Terima kasih Isa Kamari atas hadiah baru 1819 dan The Tower.

 
 
 

Comments

Isa said…
Assalamualaikum Mawar,

Sudikah menjadi pembaca kedua bagi draft 'Roh Angin' yang memuatkan kumpulan esei mengenai proses kreatif novel, cerpen dan puisi saya? Emel saya di isa.kamari@gmail jika sudi. Terima kasih.
Mawar said…
Wa'alaikumussalam
Sdr Isa yang budiman,
saya jawab di emel.
terima kasih.