Anehnya, baru petang tadi Zahar dan Alif Matiin mengejutkan saya. kami dapat melihat menara berkembar KL dari jalan di rumah! sedangkan untuk memandu ke sana, hampir satu jam lamanya. ia hanya berlaku apabila bukit yang sebelum ini menghadang apa yang ada di baliknya, kian diratakan untuk tujuan pembukaan kawasan perumahan baru. ia mungkin sahaja pemandangan yang memikat, namun ia ternyata  menuntut pengorbanan yang bukan kepalang!

Comments

Unknown said…
Pasti pemandangan yang sangat memberi ilham untuk Dr. nanti.
faqiha zul said…
alangkah seronoknya Dr. hari-hari boleh pergi KLCC.... waahh
Mawar said…
Faqiha
sudah bertahun saya tidak ke klcc.
shukri hamzah said…
Dr., ketika mula-mula tinggal di kawasan kejiranan di Bangi, saya sering berasa takjub melihat bandar raya Kuala Lumpur boleh dilihat dari jauh, hanya dari kawasan rumah saya.Tetapi kemudian ia hanya menyedarkan bahawa sudah banyak kawasan hijau diterokai, dan keadaan tak akan sama seperti dulu.Proses perbandaran mengubah segala-galanya.
Mawar said…
Sdr Shukri,
semoga sihat dan dirahmati.
benar. banyak yang sudah berubah di bangi...