Mengenali Muaz, apprentice chef di Muzium Coklat, membawa saya kepada cerpen yang pernah saya hasilkan, Dan Coklat Mengalir dari Ruang Buncah (Mingguan Malaysia, 27 Februari 2011). alhamdulillahi rabbil alamin, cerpen berkenaan memenangi Hadiah Sastera Darul Takzim 2011-2012. ada yang cuba datang mengetuk pintu kedai manisan, Rumah Coklat. saya mahu hidupkan kembali watak-watak yang lama terkepung di Rumah Coklat, terutama si perempuan juita pemiliknya! foto adalah rakaman dalam lawatan ke Kota Damansara...

 

Comments

Nur Suhada said…
Assalamualaikum. Dr. Mawar, tahniah atas kemenangan cerpen dalam HSDT 2013.

Tercari-cari kelibat Dr. dalam majlis tempoh hari. :)
Mawar said…
Sdr Nor Suhada,
wa'alaikumussalam.
terima kasih.
TAHNIAH juga buat Sdr. Terus menulis yang lebih baik.

saya berhalangan.
mohd muaz said…
Terima kasih diatas lawatan pelajar Dr. ke Muzium Coklat pada tempoh hari..
Mawar said…
Sdr Mohd Muaz
masya Allah.
terima kasih juga lawatan ke blog saya ini.
mohd muaz said…
Sama - sama Dr.. kalau tidak keberatan boleh Dr. Panjangkan salah satu cerpen mengenai lawatan tersebut? Saya berkeinginan untuk baca cerpen tersebut..