Dia yang saya kenali sebagai perempuan pengasih. sangat murah hati dengan dakapan. sangat mencintai persaudaraan. sangat dermawan dengan apa yang dimilikinya. saat perempuan pikun itu dirapikan di hadapan kami, saat kami mahu berdiri berdoa untuk mengiringi kepulangannya, saya sedar, saya berhadapan dengan banyaknya yang datang untuk menyatakan rasa cinta. sekarang, ternyata perempuan pengasih itu sudah berpindah ke tempat baru. perbukitan yang menjadi latar, mula tumbuh dengan doa dari kami. mak, doa saya yang luhur, mak dikasihi Allah dan para malaikat, sebagaimana mak mengasihi kami sebelum ini. al fatehah buat bonda mertua saya, Patimah Hashim,  yang melalui jalan pulang pada 24 september 2013.

Comments

Ummu Madihah said…
Salam takziah Dr. Mawar atas kepulangan ibu mertua ke alam baqa. Al- Fatihah!
Unknown said…
Takziah Dr. atas pemergian bonda mertua. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,amin.
Unknown said…
takziah Dr. semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin..
Salam takziah dan doa dari jauh ya Mawar. Mudah-mudahan pulangnya bonda mertua Mawar ke negeri abadi, dilimpahi kasih sayang Ilahi dan dipermudahkan segalanya.
saadah said…
Salam duka dan takziah Dr. Mawar atas berpulangnya ke rahmatullah bonda mertua ke alam baqa. Semoga Dr. Mawar sekeluarga tabah mengharungi liku-liku hidup ini. Juga didoakan agar aruah aman dan tenang di sana.
Mawar said…
Ummu Madihah
terima kasih.
al fatehah.
Mawar said…
Mawar,
terima kasih atas perhatian dan doanya.
Mawar said…
Nurfa
terima kasih.
Mawar said…
Syafikah
terima kasih.
amin ya Rabb.
Mawar said…
Lily yang baik
terima kasih atas ingatan dan doanya.
Mawar said…
Datin Saadah
terima kasih atas doa yang indah.
ingatan dan doa yang sama buat almarhum bonda Datin yang dicinta.
Anonymous said…
Salam hormat Dr Mawar,
takziah saya titipkan buat Dr dan keluarga.
Semoga diberi kekuatan dalam menghadapi hari mendatang tanpa yang disayangi di sisi. Jelas, doa dalam kerinduan pasti merawat hati Dr.

ashrafadrutdin.blogspot.com
Mawar said…
Sdr Ashraf
terima kasih. hari ini saya mengenang emak kembali. betapa emak sangat mengasihi kami....
RayyanZilfi said…
air mata bergenang.setelah ayah pergi,hati mudah tersentuh.hanya doa sahaja yang mampu saya berikan buat almarhum bonda dan Mawar sekeluarga.
Mawar said…
Rayyan,
terima kasih atas doa tulusnya.
ia sangat dihargai.