Sekali lagi saya mendapatkan tiga buah rakaman biografi menarik ini. dua daripadanya didapati dari sebuah pameran buku persidangan yang saya hadiri minggu lalu. sementara sebuah lagi saya dapatkan dari penulisnya sendiri. pasti sahaja ketiga-tiganya saya hadiahkan kepada si peminat utama bacaan biografi di rumah kami. ya, ia hadiah hari lahir buat Zahar.
 
 
Saya mencatat kembali baris dari rangsangsari salah sebuah buku: kata orang dalam politik tiada musuh yang kekal, dan tiada kawan yang kekal, tapi pada pandangan saya mesti ada prinsip-prinsip yang kekal sama ada dalam bidang perundangan mahu pun politik. buku ini adalah sempena ulang tahun kelahiran ke-70 susuk yang diraikan.
 
Mengapa 70 sering dijadikan angka ajaib untuk kebanyakan penulisan biografi seseorang tokoh? saya ada menyimpan beberapa buku lain yang mengabadikan angka yang sama...

Comments

Nuruddin Azri said…
mohon review buku prof muhaya.
Mawar said…
Sdr Nuruddin,
saya sedang baca. antara baris, saya diasuh untuk menjadi suka memberi...masya Allah.
ok. terima kasih. nanti, dah tamat harap ada review sendiri sebab berminat nak membeli
Mawar said…
Sdr Biro
sangat disokong untuk membelinya.
sangat diasuh belajar bersyukur dan selalu mahu menjadi lebih baik.