Mengenang nenda
Saya baru sedar, sejak hari ini kerja new post harus dimulakan dengan mengisi kotak judul posting. jadi mulai hari ini, tiap entri saya akan diberikan nama. hari ini tajuknya, mengenang nenda. ya, siang tadi, saya hampir mahu menekan nombor telefon nenda seperti selalu saya lakukan ketika nenda masih ada; seperti selalu, waktu saya memerlukan semangat merahnya. o nendaku, bukankah kita semakin jauh. dan ternyata, saya terlalu rindu ....
Comments
Saya juga seperti Dr, merindui nenda yang sudah setahun pergi. Bila nak tengok senarai
nombor telefon, masih tercatat nama 'Opahku Sayang' :(
semoga kenangan dan rindu itu kita iringi dengan doa dan sedekah, buat nenda yang tersayang...
sedihnya!!!
memang, rasanya macam mereka masih ada!