Hari-hari Terakhir Seorang Seniman

Minggu yang sarat dengan pelbagai kerja. bengkel penyelidikan sepanjang lima hari yang harus diselang seli dengan mesyuarat, memantau kerja akhir jurnal dan seminar. untuk sekian kali saya membaca Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, novel pertama SN Anwar Ridhwan. kali ini dengan kerja penyeberangan genre ke filem, saya kian akrab dengan lelaki tua, si penglipur lara.  lelaki yang bersidi sakti. lelaki yang banyak kehilangan  dalam hidup, antaranya wanita dan tradisi. saya terlalu mengasihaninya....

 

Comments

RayyanZilfi said…
ya, saya pun.macam tak puas hati pula sebaik sahaja habis membacanya.hati kembali aman bila saya katakan pada diri sendiri,"tolong!ini bukan cerita di dalam filem hindi!".kebanyakan kesudahan,gembira.baik-baik belaka.
Mawar said…
Rayyan
bijaksananya pengarang, selalu meninggalkan tanda soal buat pembacanya...