Allah. Allah. Allah. kita sudah berada di fasa ketiga; sepuluh malam terakhir yang dinanti-nanti. adakah saudara merasa debarannya? samakah debarnya saat menyambut datangnya Ramadhan? adakah yang ini lebih lagi? cemasnya jika terleka. terkilannya apabila tidak terjaga. malangnya jika banyak masa berlalu begitu sahaja dan apa yang dikerjakan tidak dilihat Allah sebagai ibadah. wahai Zat yang Maha Melihat, kasihanilah kami meneruskan kemanisan berzikir mengingati-Mu. semoga dengannya kami lebih bersyukur.
Comments