Saya mula mengenali Hani lama dulu menerusi ayahnya, Cikgu Abu Hassan Morad; yang pernah menjadi guru penulisan saya dalam sebuah bengkel di UKM. siapa sangka takdir menemukan kami. saya dan Cikgu Abu (bersama Dr Kamariah Kamarudin) dalam panel yang sama di Wawancara Sofa Putih ITBM bulan lalu sempena Pesta Buku KL. minggu lalu saya mengundang Hani ke bengkel penyelidikan kami di Bangi. Hani bercakap selepas kami membedah bukunya ini (foto). selang beberapa hari Hani, Dhiak dan Darda' menjadi tetamu istimewa hujung minggu di rumah. begitu takdir yang membahagiakan dan membuat kita sangat bersyukur!
Comments
alhamdulillahi rabbil alamin.
kakak sekeluarga - Zahar dan Matiin juga bersyukur dengan perkenalan ini.
salam sayang dari Abang Matiin juga buat Adik Darda'...