kari ketam |
Saya selalu harus minta maaf daripada Zahar kerana perlu bertanya hadiah yang diimpikan sempena hari lahir, ulang tahun perkahwinan atau hari bapa. berbanding saya, Zahar sering tahu apa yang saya mahukan. Zahar seperti menyimpan senarai panjang hadiah untuk saya. tapi satu yang sangat saya tahu, Zahar sukakan masakan saya. jadi hadiah yang saya pasti akan menggembirakan Zahar ialah apabila saya memasak pada hari istimewa yang dirainya. ahad lalu, saya menyediakan kari ketam (tidak sempat rakam gambar, tapi rupanya lebih kurang seperti dalam foto). ketam yang padat dan manis isinya. Selamat Hari Bapa, terima kasih atas kasih sayang dari kami!
Comments
Makanan kegemaran...
1.ketam.
2.ikan terubuk
3.ikan
4.ikan
5.ikan
6.sotong/udang
7.daging kambing(hmm...tak sangka, alhamdulillah, sentiasa suka daging kambing yang dulunya tak suka).
menaip di bawah pohon ceri.
samalah kita!