Kenangan ini lama bertahan. awal pagi, kami  akan singgah bersarapan di kedai kopi belakang blok 74, rumah pangsa atuk dan nenek. Melati dan saya seperti ditarik dengan tali, akur berjalan dalam dingin pagi dan duduk diam antara keriuhan suasana semua orang mahu mendapatkan air panas sebelum memulakan hari baru. kami akan selalu memesan teh, telur separuh masak yang dicecah dengan roti bakar berinti kaya. nenek akan menuangkan minuman kami yang masih berasap ke ceper yang agak melengkung. sementara menanti teh sedikit reda, kami akan mendengar pesan-pesan dua orang yang tercinta dalam hidup kecil kami itu, supaya berhati-hati dan rajin belajar di sekolah. ya Allah tidak  mungkin Melati dan saya dapat melupakan babak itu, melihat garis garing roti bakar dan asap tipis teh mahupun serbuk lada sulah yang mula larut bersama renjisan kicap dalam mangkuk telur. ya, tidak mungkin kenangan itu akan meninggalkan kami walau atuk dan nenek sudah semakin jauh daripada dua cucunya ini. cangkir dan ceper dalam foto, hadiah Zahar di dapur kami. ia akan selalu mendekatkan lagi kenangan yang terus bertahan itu...

Comments