Siapa duga, Alif Matiin mengadu isnin petang usai pulang dari sekolah, sakit di bahagian atas perut. keesokan petangnya juga. hari ketiga mula diserang demam panas. hasil pemeriksaan dua orang doktor, bahagian bawah kanan perutnya sangat sakit walau disentuh perlahan. menjelang senja hari yang sama, anak saya selamat menjalani pembedahan. siapa sangka, dengan hanya diberi ubat angin awalnya, Alif Matiin mengalami acute appendicitis. alhamdulillahi rabbil alamin. terima kasih Dr Hassan yang membantu kami dan teman-teman yang turut mendoakan!
Comments
terima kasih!
doa sdr amat dihargai.
terima kasih doanya.
in sya Allah. risau bukan kepalang ya...