Alhamdulillahi rabbil alamin, kami menyudahkan hari pertama bengkel penulisan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. saya menyenangi para peserta kali ini yang datang dari pelbagai bidang; dari matematik, komunikasi, sains, fizik, seni bina dan kejuruteraan. lewat sujud panjang saya sangat mengharapkan Allah mengikhlaskan hati setiap kami. saya mohon kami akan menulis dengan nama-Nya yang mulia. kami merakam syukur betapa menerusi penulisan, banyak jalan kebaikan yang Allah juruskan. besok kami akan bertemu lagi dan semoga ada ikrar dari semua peserta untuk menulis selepas ini. sebenarnya ini impian yang belum termakbul; saya mahu kumpulan kecil di kampus, nantinya yang selalu berjumpa lewat secangkir kopi, bercerita tentang karya yang sedang ditangani. dan kumpulan ini datang dari pelbagai penjuru fakulti. tiada batas rasmi, hanya kami menjadi sahabat. mungkinkah?
Comments