Ada beberapa keluk yang dilalui sepanjang tidak menulis di sini. keluar daripada laluan rutin, saya berada di beberapa tempat yang  berlainan. menghadiri acara rasmi, separuh rasmi atau santai. bertemu dengan pelbagai rona wajah manusia.  saya merentasi juga keluk di layar media dengan menonton beberapa filem dan dokumentari. begitu juga dengan keluk kesihatan yang turun naik. saya menemui kejutan,  kesedihan, kecewa dan masih ada banyak yang memujuk. Zahar bijak memilih filem untuk saya tonton. menggemari genre seram dengan ada masukkan sastera. kali ini 1920: Evil Returns, penyair dengan lapisan kisah cinta bersama kekasih yang belum pernah ditemui. dan akhirnya penyair itu berhubung dengan roh si mati yang rupa-rupanya menyimpan kesumat dan iri.  begitukah, manusia membawa sejauh sebuah kematian, perasaan yang tidak putus-putus mahukan kemenangan? saya demam panas keesokan harinya.
 
 

Comments

Sartika said…
Hihihi kenapa Ibu besoknya demam? apakah filmnya sebegitu menyeramkan hehe nice post bu :)
Mawar said…
Bu Sartika,
ya, menyeramkan namun ia sebuah narasi cinta yang tidak terfikirkan...

salam kenal ya!
terima kasih.