Berapa banyak permintaan sdr yang Allah penuhi? Saya sedang membaca ayat 186 dari al Baqarah dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan  permohonan orang yang berdoa apabila ia bermohon kepada-Ku maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran. Saya juga pernah diberitahu, bermohonlah dengan adab seorang hamba. perhatikan dengung suara, getar harap dalam dada atau seluruh perhatian yang dipusatkan. adakah kita benar-benar meminta atau ia hanya satu upacara  merakam perasaan. ya Allah, siapalah saya di hadapan-Mu kerana saat meminta-minta itu pun saya tidak merasa bahawa saya ini adalah hamba!

Comments