Sekian banyak yang saya rakam dalam ruang blog ini, saya sedar saya tidak menyaring sama ada ia kisah yang menyukakan hati atau sebaliknya. kali ini termasuklah yang akan saya berbahagi juga adalah cerita pendek Alif Matiin dalam waktu kurang lebih seminggu memulakan persekolahannya. di sebalik kisah dia happy mendapat bilik darjah (sehingga tidak mahu pulang sewaktu menduduki ujian saringan), anak saya itu juga menyimpan sejarah sendiri. antaranya pipi kiri berparut kerana jatuh di kantin, seluar sekolah agama berlubang kerana diseret, kotak pensil patah (isinya entah di mana), tali beg sekolah yang mula haus kerana bergeser dengan roda, tertukar tali leher, tali botol air putus dan pulang dengan baju yang comot hampir setiap hari! ya, semua berlaku dalam seminggu ini. dan saya mahu bercerita kepada sdr kerana ia bukan rahasia untuk saya simpan sendiri.
Comments
Kita antara yang sangat seronok membaca kisah-kisah anakanda putera Mawar! Paling comel dan terkesan di hati kisah Mawar asuh Alif Matiin perihal manis dan indahnya sujud syukur.
Lily @ mak Adib :-)
terima kasih.
saya cuba jadi ibu yang baik untuk mengasuh anak kecil.
banyak dugaan, banyak pelajaran!
terima kasih.
kami juga rindukan tetamu setia ini.
AM terkini: tali leher dan botol air sudah hilang; sementara kotak pensil patah lagi...:-(
ya,usul Zahar supaya isi perkakas tulis dalam plastik yang diikat sahaja (bayangkan plastik untuk mengisi air dan diikat di hujungnya!)
kami akan buat; sementara menggunakan bekas-bekas pensil lama yang masih ada dalam simpanan AM.