Banyak rupa nikmat yang Allah berikan untuk setiap kita. manusia selalu berfikir dalam rumus matematika atau logika. maksud saya, nikmat itu dilihat sering dilihat dalam susuk yang baik sahaja. sekiranya ditimpa musibah, datangnya sekali-kali tidak diraikan sebagai nikmat. saya dalam kesedihan apabila mengenangkan nenda yang saya kasihi mula mengalami sindrom lupa. saya sebak saat memperkenalkan diri, siapa saya kepadanya, kerana nenda sudah mula lupa banyak perkara. sekejap saya terjaga, mengapa nenda saya jadi begitu. alangkah jika dalam usia 83 tahun, diingatnya banyak peristiwa, mungkin sahaja ia merupakan satu petaka yang sangat mendera untuk si pikun sepertinya. maka saya pun menadah tangan, alhamdulillahi rabbil alamin. terima kasih Allah kerana ada yang terlupakan oleh nenda kami itu!
Comments