Sesungguhnya, menjelang tua, semakin banyak perkara baru menjadi pelajaran. daripada sekecil-kecil hal kepada mungkin sahaja yang melibatkan nama maruah. saya menganuti kepercayaan bahawa untuk belajar perkara baru setiap hari dan dengannya saya mahu menjadi manusia yang lebih baik, walau sering juga saya kandas. antara perkara kecil itu ialah cara mengenakan krim muka. ya, krim muka! ini soal kesihatan wajah (sudah tua begini, makna kecantikan sudah sangat terpecah-pecah). rupanya kebanyakan krim muka, sangat tidak boleh menyentuh kawasan sekitar mata (sesekali kita akan berjumpa kenyataan amaran ini, namun dalam banyak suasana, ia dipadamkan). akibatnya, jika ia melewati kawasan halus itu, sejurus bangun tidur dan melihat cermin, saudara akan kelihatan menjadi tua dengan tiba-tiba. seribu kedutan dengan serangan ketakutan akan memecahkan sebuah pagi yang aman. benar! krim muka tidak harus memasuki daerah mata. waspada. cermat. kita boleh jadi tua tiba-tiba! dan ini pelajaran baru buat saya...
Comments
Cara penggunaannya juga berbeza. Saya pernah ditunjukkan cara yang sebenar; gunakan jari kelingking dengan pusingan dari dalam ke luar mata. Juga, jangan tekan terlalu kuat. Kawasana mata amat sensitif.
Post Dr. Mawar kali ini sangat menarik. Saya sekadar berkongsi pengalaman.
:)
Lebih elok jika guna serum, baru diikuti dgn krim/pelembap.
petua yang sangat membantu.
terima kasih.
menjadi tua adalah satu proses. semua akan lalui jika berkesempatan. namun apa yang menakutkan adalah "menjadi tua secara tiba-tiba".
saya pernah amal petua timun.
dan akan cuba dapatkan serum.
terima kasih ya!
ini blog saya, Nurul eratul nissah binti jamingan.
saya sudah ke blog. disahkan!
tahniah saya sudah ke blog sdr!
mohon maklumkan alamat blog sdr!
tahniah, saya sudah ke blog sdr!
saya sudah ke blog sdr.
tahniah!
mari!saya buatkan akupuntur.Hihihi...(ada berani?)
safariahmad.blogspot.com
jarum?
ohhhhhhhhhh!
saya sudah ke blog sdr!
tahniah.