Saya tidak menulis pengalaman melihat pokok besar yang tumbang sejurus ribut menyerang kampus kami beberapa minggu lalu; sewaktu mahasiswa bercuti. saya berhampiran tapak takdir itu. begitu juga saya sempat melihat akar pokok selepas hujan lebat di muka jalan dekat lorong sekolah Mohican. sebahagiannya akar itu mirip arca yang sangat berseni. bagaimana pokok dan akar itu bercantum dalam tidur. dalam mimpi. saya melihat banyak sekali pohon besar yang tewas di tangan seorang lelaki yang persis susuk mahasiswa saya. ya, saya jadi kagum separuh hairan apabila begitu banyak pohon gergasi yang terbaring di sebuah hutan. oh mimpi rapsodik! adakah ia datang dari jalan siang yang akhir-akhir ini sering dengan hujan ribut atau dari hati saya yang banyak angin taufannya...
Comments
Luahan yang amat mendalam, padat dengan kejituan bahasa.. Dari Saya MieZaN
safariahmad.blogspot.com
terima kasih sudi singgah.
saya lawat sebentar lagi!
Saya sudah ke blog sdr.
Tahniah!
http://atikahibrahim-ananillofa.blogspot.com/
Saya sudah ke blog sdr.
Tahniah!