Alhamdulillahi rabbil alamin, akhirnya anak saya naik ke pentas untuk acara graduasi! januari nanti, insya Allah Alif Matiin akan memasuki alam persekolahan sebenar. cepat masa berlalu dan cepat juga tahun baru tiba. terima kasih kepada guru-guru Nasyrah yang banyak bersabar dan sangat tulus mendidik anak-anak kami!semoga guru-guru terus dirahmati.

Comments

Mawar said…
Saya sendiri mahu ulas entri ini. saya mengusik diri sendiri. kawan-kawan banyak yang mula terima menantu. sedang saya, anak baru masuk darjah satu. alahai!!!
Mawar said…
Ulasan kedua saya, dengan sentimental saya melipat kemas baju seragam Nasyrah Alif Matiin yang baru kering dari jemuran. inilah minggu terakhir anak saya menyarung baju sekolahnya ini. saya jadi sebak. dia semakin besar. saya mendoakan masa hadapannya yang cerah dan selalu dipimpin Allah tangannya ke jalan kebaikan yang diredhai-Nya.
RayyanZilfi said…
Tahniah Alif, Dr Mawar & Baba Alif! Tumpang gembira.
RayyanZilfi said…
Tidak mengapalah Dr Mawar, yang penting Alif Matiin insyaAllah menjadi seorang anak yang soleh, pintar dan sihat.Sudah lumrah kehidupan. Ada yang kahwin cepat, dapat anak pun cepat, ada yang kahwin cepat, dapat anak lambat. Ada yang kahwin lambat, dapat anak cepat. Ada yang lambat kahwin, lambat dapat anak. Ada yang kahwin cepat atau lambat, tetap tak dapat anak. Ada yang tak kahwin-kahwin, sah-sahlah tiada anak.Apa pun, itu kan semua pinjaman dariNya. Alhamdulillah. Sesungguhnya hanya Dia yang tahu kepada siapakah yang Dia hendak anugerahkan anak itu.
CIK NEEYA said…
Dr, setulusnya, saya mendoakan Alif Matiin menjadi anak yang soleh dan menyenangkan semua orang :)
Mawar said…
Rayyan
terima kasih atas tanggapan dan pandangan. saya sangat bersyukur!
Mawar said…
Kakak Neeya
terima kasih.
amin ya rabbal alamin!!!