Ya Allah. saya masih mencongak-congak jurus yang Allah mahu pandu saya apabila petaka ini terjadi. lihatlah rupa rumah saya ini. hampir semua gambar entri saya hilang. puncanya saya memadam folder di galeri gambar dari telefon tangan saya yang mengandungi kesemua foto dalam blog ini termasuk header. saya memadam dengan dua andaian. pertama, adakah virus, tiba-tiba ada folder gambar-gambar blog dalam simpanan telefon pintar saya. kedua, ditakuti jumlah bilangan yang banyak (kira-kira 900 keping) mengganggu ruang telefon. maka saya padam folder berkenaan. akibatnya, pagi ini saya melihat wajah petaka tersebut. ya seperti yang sdr lihat sekarang! saya mohon budi baik, kepintaran mana-mana teman yang bijak memanggil semula folder tersebut. saya sedar adanya hubungan blog ini dengan telefon pintar apabila telefon menjadi tempat saya menyemak entri hampir setiap hari. ada jaringan. ada jalinan antara mereka. saya masih berharap, folder itu dapat dipanggil pulang dan saya tidak perlu memuat naik foto-foto yang saya senangi secara peribadi (sejak 2006). sedang ia juga merupakan bahan pengajaran saya dalam kuliah. semoga ada yang sudi bantu... terima kasih.
Comments
terima kasih banyak atas perhatian.
folder gambar blog di picasa saya KOSONG.... :-(
Let's see how they respond.
Good luck.
terima kasih atas perhatian dan bantuan. saya baru mengirim kepada google.
semoga nasib baik berdiri di samping saya!
terima kasih!
ia perkara kecil tapi sangat mengesankan....
terima kasih kerana berbahagi rasa. alhamdulillah. saya sudah dapat kesan kembali gambar-gambar lama di google. tapi memakan masa untuk kerja tampal semula.
semoga sihat ya!
Saya baru sahaja membekam diri sendiri Jumaat lepas (17 Zulhijjah dan 19 Zulhijjah, Ahad lalu).Tanpa mensia-siakan tanggal 19 Zulhijjah itu, saya pula membekam seorang kawan.Alhamdulillah.Harap Dr Mawar sudah dibekam.Di Bangi, banyak juga tempat yang menawarkan perhidmatan bekam.Hari ini 21 Zulhijjah, saya akan membekam 2 orang wanita semasa rehat nanti. Nak saya bekamkan? Elok bekam pada hari Selasa dan Khamis (selain dari 17,19 dan 21 haribulan kalendar Hijrah).
TAHNIAH!
saya mahu juga dibekam untuk kepala saya yang selalu diserang angin ini. tapi soalan yang sama, kalau kena cukur rambut, saya tak mahulah. kalau tempat lain, boleh?
insyaAllah!
pada firasat saya, one fine day, (cehceh,maaf dwibahasa) saya berjaya juga bekam kepala Mawar tanpa perlu mencukur rambut, ada jarum khas.Cuma dengan kaedah itu, saya belum belajar, jauh sekali mempraktikkannya.
belajar dulu, nanti salah tebuk kepalaku ini...