Sering percutian dianggap sebagai pelarian; sama ada daripada tekanan atau keletihan dengan garis monotonous hidup. yang manis, jika ia untuk meraikan sesuatu yang istimewa. saya pernah menanggap ketiga-tiganya. pernah saya merasakan mahu meninggalkan kelelahan jauh di belakang, sementara enak menghirup angin laut china selatan di hadapan saya. namun rupanya saya ditemukan dengan kelelahan lain di ruang percutian itu. heh! ini rakaman gambar yang saya sempat simpan di penjuru ruang makan tempat percutian yang lalu. penjuru yang berseni. di sinilah bermulanya tragedi atau seorang sahabat saya, Rebecca Ilham menyebutnya sebagai takdir lewat cerpennya, "Anatomi Sekeping Hati" (Mingguan Malaysia, 30 september 2012). ya, ia adalah takdir.
Comments
grateful and honoured!
salam idul adha.
terima kasih atas ingatan dan ucapannya.