Salah seorang pelajar sarjana saya, Kamrul, rupanya seorang penggesek rebab, pemain gendang ibu, gendang anak, gong, kesi, canang di panggung antarabangsa. banyak persembahan luar negara. luar biasa! dan ini gambar cd yang dihadiahkan. ternyata kami suka mendengar segala rentak dan dengung menyatakan makna dan seni bunyi, setiap kali ia dipasang dalam kereta. kadangkala bunyi-bunyian itu datang memberi tenaga dan sekali sekala ia menyelinap masuk dengan susuk misteri. saya takjub pada mereka yang mempunyai kecintaan pada warisan; apalagi yang mahu belajar untuk melanjutkan kecintaan itu. syabas Kamrul!

Comments

jengking Malaya said…
:) Legasi warisan bangsa.
Mawar said…
Jengking Malaya
terima kasih singgah!
Anonymous said…
Dr, maaf, di mana cd itu boleh diperoleh

terima kasih