Kerap juga saya ditegur Zahar, mengapa suka sms daripada bercakap terus di telefon. mengapa pilih emel daripada berjumpa. boleh sahaja saya menjawab: sejak ada kegemaran berkenalan zaman kanak-kanak, saya sangat suka berutus surat. saya pernah dimarahi abah kerana saya menulis surat kepada guru mengaji, seorang haji yang kami gelar atuk. saya menulis surat kerana tidak berpuas hati cara atuk menyusun giliran kami membaca muqadam/al qur'an. waktu itu saya berusia lebih kurang lapan atau sembilan tahun. saya mempunyai sahabat pena sejak berumur sepuluh tahun dan kami bertemu kembali di fb selepas puluhan tahun terpisah. anehnya, menulis emel, sms atau pm terasa lebih selesa daripada saya mahu berjumpa dengannya. pada zaman percintaan,  (alahai...) saya menulis surat hampir setiap hari dan dalam masa seminggu akan mengirim lebih daripada satu surat dengan kaedah pos ekspres (ya, kepada Zahar). dekad yang belum ada emel apatah lagi sms, pm, ym. dan hingga hari ini, saya lebih suka menulis daripada bercakap berhadapan. tidak semua dapat saya luahkan ketika bertentang mata berbanding duduk  dan menulis (ada analisis psikologi?). mungkin sahaja takdir itu saya menjadi penulis. jadi bila tiba-tiba ada sahabat yang selama ini saya hubungi dengan ramah di ruang maya, mempelawa ke kopitiam, tidak semena-mena saya jadi gugup. kalau Alif Matiin tahu kisah mummynya ini, mesti ulasannya berbunyi begini, pelik!

Comments

lilyhaslinanasir said…
Kita serupa! Saya juga lebih selesa menulis daripada berkata-kata. Selalu gagal meluahkan rasa hati melalui kata-kata dengan jujur, telus dan tepat. Tapi kalau menulis, lain rasanya....Semuanya terluah!
Gurindam Jiwa said…
Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata.
Mawar said…
Lily
tapi Lily kelihatan peramah orangnya. atau begini ya, personaliti kita bila cuba diajak berbual, kita akan cuba jadi peramah. walau dalam hati, Allah sahaja yang tahu: saya mahu cepat-cepat balik!
Mawar said…
Encik Gurindam
betullah tu!
RayyanZilfi said…
Dr Mawar!
jom, petang nanti ke kopitam Bangi!
Saya tunggu..(hahaha!hanya bergurau.)
Anonymous said…
Salam akak,

Saya pun begitu :)

-Fadhilah-
Mawar said…
Rayyan
jangan main-main!;-)
Mawar said…
Fadhilah
memang nampak pemalu!
shukri hamzah said…
Teknologi juga boleh merubah personaliti. Sejak ada perisian Whatsupp yang membolehkan mesej ditulis tanpa had,saya lebih gemar menulis daripada berkata-kata...hehe.
Zuna said…
saya suka gaya penulisan puan, sungguh menyentuh hati.
Mawar said…
Sdr Shukri
ya, begitulah zaman berubah dan hati kita juga berubah... semoga ia menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik. insya Allah.
Mawar said…
Zafa
segala ilham itu dari Allah. DIA selayaknya menerima puji-pujian. Allah!
Chempaka said…
Saya ada masalah yang sama. kalaulah boleh temuramah untuk pekerjaan dibuat tanpa bertentang mata.... hehe.
mentarimerah said…
salam kakak...melalui tulisan kita boleh luahkan apa sahaja yang berbungkal di hati...berdasarkan pengalaman sendiri...heheheh...
Mawar said…
Chempaka
haha, itu tidak pasti.
biasanya perlu "jumpa" untuk betul-betul kenal!
Mawar said…
Mentarimerah

ya, pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain juga...:-)